Isnin, 7 Julai 2014

TAJUK 2 : PESANAN RASULULLAH MENGENAI DAJJAL


Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat"
(Hadis Riwayat Al Baihaqi, At-Tabrani, An-Nasai & Hakim)


Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda,
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."

(HadisRiwayatAhmad) 


                                                                                                                                                                                                                                                                                                  10 Ayat Pertama Surah Al-Kahfi


Bismillahirrahmanirrahim
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

1. Alhamdu lillahi allathee anzala AAalaAAabdihi alkitaba walam yajAAal lahu AAiwajan
(Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya)

2. Qayyiman liyunthira ba/san shadeedan min ladunhu wayubashshiraalmu/mineena allatheena yaAAmaloona alssalihati anna lahum ajran hasanan
(sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan seksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,) 

3. Makitheena feehi abadan
(mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.) 

4. Wayunthira allatheena qaloo ittakhatha Allahuwaladan
(Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak.") 

5. Ma lahum bihi min AAilmin wala li-aba-ihimkaburat kalimatan takhruju min afwahihim in yaqooloona illa kathiban
(Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.) 

6. FalaAAallaka bakhiAAun nafsaka AAala atharihimin lam yu/minoo bihatha alhadeethi asafan
(Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Qur'an)) 

7. Inna jaAAalna ma AAala al-ardizeenatan laha linabluwahum ayyuhum ahsanu AAamalan
(Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.) 

8. Wa-inna lajaAAiloona ma AAalayha saAAeedanjuruzan
(Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.) 

9. Am hasibta anna as-haba alkahfi waalrraqeemi kanoo min ayatinaAAajaban
(Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?) 

10. Ith awa alfityatu ila alkahfi faqaloo rabbanaatina min ladunka rahmatan wahayyi/ lana min amrinarashadan
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.)

 

10 Ayat Terakhir Surah Al-Kahfi


101. Allatheena kanat aAAyunuhum fee ghita-in AAan thikreewakanoo la yastateeAAoona samAAan
(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.) 

102. Afahasiba allatheena kafaroo an yattakhithoo AAibadeemin doonee awliyaa inna aAAtadna jahannama lilkafireenanuzulan
(Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.)

103. Qul hal nunabbi-okum bial-akhsareenaaAAmalan
(Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?) 

104. Allatheena dalla saAAyuhum fee alhayati alddunya wahum yahsaboona annahum yuhsinoonasunAAan
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.) 

105. Ola-ika allatheena kafaroo bi-ayatirabbihim waliqa-ihi fahabitat aAAmaluhum falanuqeemu lahum yawma alqiyamati waznan
(Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari qiamat kelak.) 

106. Thalika jazaohum jahannamu bima kafaroo waittakhathoo ayatee warusuleehuzuwan
((Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.) 

107. Inna allatheena amanoo waAAamiloo alssalihati kanat lahum jannatualfirdawsi nuzulan
(Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).) 

108. Khalideena feeha la yabghoona AAanha hiwalan
(Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.) 

109. Qul law kana albahru midadan likalimatirabbee lanafida albahru qabla an tanfada kalimatu rabbee walawji/na bimithlihi madadan
(Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.) 

110. Qul innama ana basharun mithlukum yooha ilayya annamailahukum ilahun wahidun faman kana yarjoo liqaarabbihi falyaAAmal AAamalan salihan wala yushrik biAAibadatirabbihi ahadan
(Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.)

TAJUK 1 : 9 JENERAL PERANG TERHEBAT DALAM SEJARAH ISLAM


1. Khalid Bin WalidKhalid ibn al-Walid (584 - 642)

Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.


2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )

Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih  juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.


3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)

Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud


4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.


5.Sa'ad bin Abi Waqqas.

Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis  saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.


6. Tariq Bin Ziyad.

Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M


7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)

Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.


8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.


9. Amru Bin Ash.

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menetang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.

Ahad, 6 Julai 2014

Assalammualaikum... terbina blog ini adalah sebagai sebuah media islam, yang bakal menyiarkan perkembangan semasa... turut serta pelbagai pengkajian-kajian tentang islam dan penerangan mengenai islam..TabarakaALLAH.Aku bukan ahli sufi atau seorang ustaz yang pakar dalam ilmu agama, tetapi aku hanyalah seorang hamba Allah yang ditugaskan sebagai seoraang DAI'E. Semoga dengan blog ini aku dapat meraih keuntungan di akhirat kelak. Semoga apa yang disiarkan dapat memberikan manfaat kepada seluruh umat islam dan tertegak semula syiar islam dimuka bumi ALLAH. INSYA-ALLAH.. :)